Rujukan Islam

  • features

    1. home

    2. book

    3. Khulafaur Rasyidin Antara Nash Dan Ijtihad pdf

    Khulafaur Rasyidin Antara Nash Dan Ijtihad pdf

    Khulafaur Rasyidin Antara Nash Dan Ijtihad pdf

    • Al Huda
    download

      Download

    Khulafaur Rasyidin Antara Nash Dan Ijtihad pdf
    Rate this post
    description book specs comment

    Khulafaur Rasyidin Antara Nash Dan Ijtihad

     

    Bersyukur kepada Allah SWT kerana dapat saya menyiapkan sebuah buku berjodol Khulafa’ Rasyidin Di antara Nas dan Ijtihad: satu kajian ilmiah yang sering dibincangkan di antara dua aliran pemikiran Islam; Syiah dan Ahlul Sunnah.

     

    Metode kajian ini dilakukan berdasarkan kepada al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAWA kemudian catatan para ulama kita Ahlul Sunnah wal-Jamaah di dalam buku-buku mereka mengenai hukum-hukum dan perbuatan-perbuatan Khulafa’ Rasyidin yang agak bertentangan atau berbeza dengan nas; al-Qur’an dan Sunnah Nabawiyyah.

     

    Oleh itu sekiranya mereka berbohong di dalam catatan mereka, maka merekalah yang berdosa dan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT dan sekiranya catatan mereka itu betul, kenapa kita menolaknya dan melemparkan tuduhan itu kepada orang lain pula?

     

    Buku ini sekali-kali tidak boleh dilihat sebagai merendah atau memandangkecil jasa baik yang dilakukan oleh mereka. Demi Tuhan saya menghormati mereka semua, tetapi penghormatan saya kepada Allah dan RasulNya adalah mengatasi mereka semua. Kerana Allah SWT adalah sebaik-baik hakim dan RasulNya pula sebaik-baik rasul yang diutuskan.

     

    Lantaran itu perbandingan di antara nas dan ijtihad hendaklah dilihat dari perspektif Allah SWT sebagai al-Khaliq dan Nabi Muhammad SAWA sebagai Nabi yang sempurna al-kamil kemudian hukum-hukum dan perbuatan-perbuatan Khulafa’ Rasyidin yang bertentangan dengan al-

    Qur’an dan Sunnah Nabawiyyah.

     

    Dengan ini tuduhan mencaci sahabat tidak boleh ditimbulkan lagi sekiranya kita akur kepada nas. Dan segala hukum dan perbuatan mereka bertentangan dengan nas pula dianggap ijtihad. Dan ijtihad tersebut hendaklah tidak dipaksa ke atas sesiapa pun. Dan sebarang penghinaan atau tindakan hendaklah tidak dilakukan kepada sesiapa yang ingin mengikuti nas secara keseluruhannya. Dan bagi orang yang mengikuti nas secara keseluruhannya tidak pula melakukan perkara yang sama terhadap orang yang mengamalkan ijtihad tersebut.

     

    Walau bagaimanapun ijtihad secara umum patut diteruskan kerana apa yang telah berlaku di zaman Khulafa’ Rasyidin tidak sama dengan apa yang berlaku di zaman kita ini. Malah Islam menggalakkan umatnya supaya berijtihad di setiap masa bagi menyahut seruan dan keperluan umat. Lantaran buku ini bertujuan akademik semata-mata semoga ianya akan memperluaskan wawasan berfikir di kalangan umat Islam di rantau ini.

     

    Saya juga ingin menegaskan bahawa kita tidak perlu berpindah kepada mazhab lain. Tetapi apa yang perlu ialah memperluaskan wawasan berfikir dan tidak pula menyalahkan mereka yang mengikuti nas; al-Qur’an dan Sunnah Nabawiyyah di dalam erti kata yang sebenar. Apatah lagi

    menganggap mereka sebagai sesat atau terkeluar dari agama Islam, begitulah sebaliknya.

     

    Kepada saudara-saudara yang masih fanatik, saya ingin kemukakan kepada mereka kata-kata Khalifah Ali AS:”Manusia akan menjadi musuh kepada apa yang mereka tidak mengetahuinya,” dan kata-kata Imam Baqir Sadr”Jikalau saudara-saudara kami Ahlul Sunnah membaca apa yang ada di dalam buku-buku mereka, nescaya mereka sependapat dengan kami, dan perselisihan tidak berlaku di antara kami sejak awal lagi.” Saya berkata,”Apa salahnya kalian tahu sedangkan kalian bukan semestinya mengamalkan apa yang kalian tahu.”

     

    Akhir sekali saya memohon jutaan maaf dari pembaca yang budiman jika terkasar atau sebagainya kerana ia bukanlah yang dimaksudkannya kerana mesej yang sebenar ialah nas dan ijtihad. Semoga Allah memasukkan kitasemua ke dalam syurgaNya bersama Khulafa’ Rasyidin dengan mendapat syufaat mereka, dan saya bertawakkal kepada Allah SWT Yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.

    [islamic-sources/alhuda]

    • Al Huda