Rujukan Islam

  • features

    1. home

    2. post

    3. DIALOG SUNNI-SHIA

    DIALOG SUNNI-SHIA

    DIALOG SUNNI-SHIA

    download

      Download

    DIALOG SUNNI-SHIA
    Rate this post
    description post specs comment

    Sultanul-Waizin Shirazi seorang ulama Iran yang terkenal telah melawat India pada tahun 1927 AD [1345 H], ketika itu beliau berusia 30 tahun. Beliau telah disambut dengan baik kemana sahaja beliau pergi. Manusia dapat manfaat dari ilmu beliau mengenai hadith, sejarah dan ulasan kitab suci al-Quran. Beliau telah dipelawa untuk berdialog pada 23hb Rejab 1345 H dengan mereka dari ahli sunnah di Peshawar, yang ketika itu di dalam jajahan India tetapi kini di Pakistan. Mereka berdialog selama 10 malam berturut-turut. Dua orang yang utama dipihak lain yang mengambil bahagian adalah ulama yang termashor dari Kabul, Hafiz Muhammad Rashid dan Sheikh Abdus-Salam. Empat orang pemberita telah merakamkan perbincangan itu dihadapan anggaran 200 orang hadirin [sunni – shia]. Surat khabar tempatan telah menyiarkannya pada keesokkan hari. Sultanul-Waizin Shirazi telah menyusun semula semua perbincangan yang disiarkan oleh akhbar-akhbar tersebut kedalam sebuah buku didalam bahasa Farsi, yang diterbitkan di Teheran dengan tajuk Shabhaye-Peshawar, atau Peshawar Nights. Berikut adalah terjemahan dari buku tersebut.

    Dalam buku ini, telah dikupas tuntas perihal perbedaan-perbedaan yang ada di dalam mazhab sunni dan shia. Buku ini sekaligus menjernihkan pemikiran kita tentang mazhab syiah. Bagi anda yang ingin mempelajari dan mengetahui tentang mazhab syiah secara terperinci serta mencari tau akan jawaban-jawaban atas syubhat mengenai mazhab syiah, maka buku ini patut anda baca.

    sumber buku : http://www.alhassanain.com/indonesian/